Ping pong milik FPSK

 

Oleh Wan Syukriah

USIM -  Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan menunjukkan aksi cemerlang setelah menjuarai perlawanan ping pong sempena SUFA 2008 yang berlangsung di Stadium Tertutup Nilai selepas berjaya menundukkan FSU dalam perlawanan akhir, baru-baru ini.

  Keadaan di Stadium Tertutup Nilai gamat dengan sorakan penyokong-penyokong yang datang untuk memberi semangat kepada pasukan masing-masing.

  Suasana bertambah ceria apabila pemain-pemain memakai jersi seragam fakulti masing-masing membangkitkan lagi semangat berpasukan di antara mereka.

  Sepanjang perlawanan berlangsung, pemain-pemain telah menunjukkan kesungguhan dan kehebatan serta kebolehan mereka dalam usaha menewaskan lawan masing-masing.

  Menurut salah seorang pemain, Ahmad Fahmi Najiy, 24, FPBU, beliau berbangga kerana dapat mewakili fakultinya walaupun tewas di pusingan awal perlawanan.

  Salah seorang pemain, Mohd Firdaus, 20, FMeD, beliau berasa amat berpuas hati kerana memperolehi kemenangan dalam perlawanan ping pong pada SUFA 2008 kali ini.

  Rosliza Hussin, 22, FPQS berpendapat perlawanan seperti ini secara tidak langsung dapat menonjolkan lagi bakat para pelajar di samping memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

  Sebanyak lapan fakulti yang terlibat dalam perlawanan ini  terdiri daripada FSU, FKP, FEM, FPBU, FPQS, FST, FMeD dan PT.

 

 

5 Responses so far »

  1. 1

    izanrumaisya said,

    assalamualaikum…
    amboi…jd sport reporter da…bgus la 2….ok la advance sket…truskn usaha…

  2. 2

    maju terus Ping – pong Indonesia! mudah – mudahan fakulti yang terlibat makin banyak lagi

  3. 3

    ayien86 said,

    nmpknya FST n FPSK dah makin menonjol

  4. 4

    rynhassan said,

    salam..
    Berita yang menarik..Semoga satu hari nanti kamu dapat jadi penyampai berita sukan..InsyaAllah..Good Luck :)

  5. 5

    hana said,

    salam
    ini wan syukriah smataf dulu ke?
    ingat saya lagi?
    jann-z


Comment RSS · TrackBack URI

Say your words