Posted by: fizyaa | May 8, 2014

I just made a new Voki. See it here:

http://www.voki.com/pickup.php?scid=9826258&height=267&width=200

via I just made a new Voki. See it here:.

Posted by: fizyaa | April 27, 2011

Salam……..slmt bertemu kembali…

Hai….dh lame sy x update blog ni kan…hmm..biasala skrg dh keje..bt blog ni pun masa amik degree kt USIM dan ia adalah salah satu assignment yg diberikan oleh pensyarah sy..tp best jugk ber’blog’ nie…cuma xde masa nk menulis..sibuk mngajar la katakan…;) tp bz mcmne pun sy sentiasa melihat dan melawat blog sy yg tercinta ni…time kasih pd smua yg telah melawat dn memberi komen dlm blog sy ni…thank u….;)

Posted by: fizyaa | April 12, 2011

Di Atas Satu CINTA….

 

Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu…

Apakahku masih bisa terus melangkah…

Serpihan hidupku kan ku bangun…

Di atas satu cinta…

SubhanAllah aku mencintainya…

SubhanAllah aku menyayanginya…

Dari ufuk timur hingga ke barat…

Selalu di hatiku…

 

 

 

 

 

 

Posted by: fizyaa | April 17, 2008

Ping pong milik FPSK

 

Oleh Wan Syukriah

USIM –  Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan menunjukkan aksi cemerlang setelah menjuarai perlawanan ping pong sempena SUFA 2008 yang berlangsung di Stadium Tertutup Nilai selepas berjaya menundukkan FSU dalam perlawanan akhir, baru-baru ini.

  Keadaan di Stadium Tertutup Nilai gamat dengan sorakan penyokong-penyokong yang datang untuk memberi semangat kepada pasukan masing-masing.

  Suasana bertambah ceria apabila pemain-pemain memakai jersi seragam fakulti masing-masing membangkitkan lagi semangat berpasukan di antara mereka.

  Sepanjang perlawanan berlangsung, pemain-pemain telah menunjukkan kesungguhan dan kehebatan serta kebolehan mereka dalam usaha menewaskan lawan masing-masing.

  Menurut salah seorang pemain, Ahmad Fahmi Najiy, 24, FPBU, beliau berbangga kerana dapat mewakili fakultinya walaupun tewas di pusingan awal perlawanan.

  Salah seorang pemain, Mohd Firdaus, 20, FMeD, beliau berasa amat berpuas hati kerana memperolehi kemenangan dalam perlawanan ping pong pada SUFA 2008 kali ini.

  Rosliza Hussin, 22, FPQS berpendapat perlawanan seperti ini secara tidak langsung dapat menonjolkan lagi bakat para pelajar di samping memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

  Sebanyak lapan fakulti yang terlibat dalam perlawanan ini  terdiri daripada FSU, FKP, FEM, FPBU, FPQS, FST, FMeD dan PT.

 

 

Posted by: fizyaa | April 13, 2008

The Photographer

In some ways the life a National Geographic photographer sounds like hell. The staff shooters for the culture and wildlife magazine travel six to eight months out of the year. They start their days before dawn and toil well into the night. It was told us how they were captured a picture to be portrayed in the National Geographic Magazines. Yet, says staff photographer Sam Abell, “You get a nonstop, in-depth education on the road. That’s priceless. And if you believe that you were born to take pictures, and you believe in the expressive power of photography, then this is the best job in the world.”

 Besides being smart observers, National Geographic photographers must be willing and durable travelers. Because of that, the photographer also must be brave and knew how to be a marvelous photographer. They must getting a strong education, including courses in languages, sociology, and anthropology, and starting their career as a newspaper photographer. National Geographic looks for photographers who understand the idea behind the magazine’s award-winning photography.

There have a lot of popular and famous photographer in this magazines such as Ozz Louis Mazzatenta, Steve Mc Curry, Michael Nick Nicholas, James Stanfield, William Allen and Sam Abell. They had done a fantastic job and always made surprised to the readers and also their audience. The picture that they had taken will be storied suitable with the situation of the picture.

Going behind the camera and on assignment with veteran photographers for National Geographic, this documentary answers the eternal question asked by the magazine’s readers: “How in the world did they get that shot?” The photographers recount the grueling preparation that shooting for the magazine entails, from normal details such as obtaining visas to preparing oneself for dangers such as severe climates, deep-sea dives, and raging beasts. There also had lots of insects, lion, tiger, elephant, zebra and so on.

For examples, the famous cover photo of the June 1985 issue was of an Afghan refugee, a beautiful young 13-year old girl with hauntingly green eyes. In this magazines, the photographer wanted to tell us how the girl’s face showed her sadness and difficulties of life. The girl’s expressions made the audiences felt sympathy with her life.

For the conclusion, the photographer had done a good and perfect job. Their job as a photographer made the readers and the audiences were happiness, sadness, empathize, sympathize, emotional and also wonderful story that had gave them many knowledge about the life in the world.

 

 

Posted by: fizyaa | April 13, 2008

MENYELAMI FALSAFAH KEMERDEKAAN SEBENAR

Apakah erti atau falsafah kemerdekaan yang difahami oleh muda-mudi zaman sekarang ? Apakah hari kemerdekaan yang mereka sambut tidak lebih dari berseronok mendengar nyanyian artis terkenal sambil menyaksikan letupan bunga api berwarna warni menghiasi langit malam. Apakah hari kemerdekaan sekadar dihayati sebagai hari kebangsaan yang tidak lebih dari hari pelepasan am seluruh warga Malaysia yang bekerja. Hari kebebasan dari bebanan kerja yang menyusahkan. Hari untuk berseronok dengan rakan-rakan atau dalam erti kata lain hari yang menghalalkan untuk mereka melakukan apa sahaja Membicarakan persoalan falsafah kemerdekaan biarlah difahami dahulu makna perkataan falsafah yang telah wujud sejak 2000 tahun dahulu dalam era kegemilangan Yunani.

 

Menurut Dr Hamka didalam bukunya “Falsafah Hidup”. Falsafah berasal dari dua suku kata iaitu “pilos” dan “sofos”. “Pilos” membawa erti penggemar manakala “sofos” membawa makna hikmah. Oleh itu apabila kita membicarakan soal falsafah kemerdekaan maka sebenarnya kita membicarakan hikmah atau pemahaman sebenar disebalik kemerdekaan yang kita sambut saban tahun. Dalam ucapan Tunku Abdul Rahman sempena Ucapan perasmian persidangan agung umno Malaya yang diadakan di di Melaka pada 4 dan 5 April 1953 yang dihimpunkan didalam buku “Bumi dipijak Orang” jelas menyatakan falsafah kemerdekaan yang dicitakan oleh generasi terdahulu. Dalam ucapannya beliau menyebut, “Didalam sedikit masa ini orang-orang melayu telah sedar bahawa nasib bangsanya itu semakin hari semakin buruk. Dan rod didalam badan kita telah memohon kepada Allah SWT dan Allah SWT pun kabulkan doa kita itu dengan menggerakkan hati kita bagi menuntut dan mencapaikan kemerdekaan dengan segera. Kita yakin merdeka inilah sahaja yang boleh menyelamatkan bangsa kita”.

 

Berdasarkan ucapan bernas bapa kemerdekaan Malaysia ini, kemerdekaan sebenarnya ialah mekanisme untuk mengangkat martabat bangsa. Mencapai kemerdekaan bukanlah objektif terakhir akan tetapi batu loncatan untuk cita-cita yang lebih besar iaitu untuk mengeluarkan masyarakat dari kemunduran dan kehinaan. Oleh itu, tugas generasi masa kini hakikatnya masih belum berakhir dengan sekadar berseronok menyambut hari merdeka. Sepatutnya tanggal 31 Ogos yang kita sambut setiap tahun merupakan tarikh peringatan kepada kita untuk memperbaharui tekad bagi menyambung usaha pejuang-pejuang terdahulu yang ingin mengangkat martabat umat. Permasalahannya adakah muda-mudi berasa bertanggungjawab untuk berjuang demi negara, bangsa dan agama apabila hari merdeka menjelma.

 

Selain itu, kemerdekaan menurut “wikipedia” sebuah laman web ensiklopedia yang sarat dengan maklumat ialah pembebasan dari penjajahan. Sambutan besar-besaran diadakan setiap tahun meraikan pengunduran “Union Jack” dari Tanah Melayu dan sebagai melahirkan rasa patriorisme yang benci kepada sebarang bentuk penjajahan. Namun sambutan kemerdekaan yang sepatutnya lambang kebebasan bertukar menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia masih dijajah. Kalau dahulu umat melayu dijajah dalam bentuk fizikal, hari ini mereka dijajah dalam bentuk pemikiran. Budaya penjajah dicedok bulat-bulat tanpa ada batasan. Lihat sahaja budaya liar “punk” dan “metal” yang turut mewarnai remaja-remaja yang menyambut hari kemerdekaan.

 

Menurut Tun Dr. Mahathir didalam ucapannya yang dirakam didalam “Encyclopedia of Dr. Mahathir bin Mohammad”, beliau berpandangan bahawa meniru budaya lain bukanlah semestinya salah namun yang menjadi masalahnya kepada kita ialah apabila kita meniru membuta tuli tanpa membezakan antara yang baik dan tidak baik. Dalam ucapan yang sinis Tun Dr. Mahathir menggambarkan fenomena yang berlaku dikalangan orang Melayu. “What the West does today, the east will do tomorrow and the Malays the day after. If the West stops doing it, the East will follow suit tomorrow and the Malays are likely to do the thereafter.” Apa yang dilakukan oleh barat hari ini akan dilakukan oleh penduduk timur keesokannya dan melayu pula akan menyusul hari berikutnya. Bila mana barat berhenti mengamalkannya maka penduduk timur turut berhenti dan melayu seperti selalunya akan mengikut selepas itu. Ucapan beliau mengingatkan kita bahawa mengapa kita perlu jadi Pak Turut sedangkan kita mampu menilai. Biarlah kemerdekaan mengingatkan kita akan jati diri kita yang sebenar sebagai anak Malaysia yang punya acuan hidup tersendiri . Usahlah kita menjadi “Barat jadian” hasil dari jati diri ikut-ikutan.

 

Kedatangan hari kemerdekaan juga perlu mengingatkan kita bahawa kebebasan yang dikecapi perlu dipertahankan dengan memperkukuhkan diri kita agar dapat menyumbang kearah keharmonian Malaysia. Mengecapi merdeka bukan bererti kita tidak akan dijajah lagi. Negara kita mungkin saja dijajah dalam bentuk yang pelbagai. Tanpa menyedari hakikat bahawa ancaman terhadap kemerdekaan yang kita kecapi sekarang sentiasa wujud, maka kita akan sentiasa leka tanpa merasa keperluan untuk membangunkan modal insan. Amat malang sekali kerana generasi hari ini sekadar merenung sejarah hitam penjajahan dari sudut nostalgia silam yang sudah lepas. Sejarah dianggap sebagai bahan cerita lepas yang menarik untuk diketahui. Mereka sekadar memandang sejarah dari sudut penceritaan tetapi lupa bahawa sejarah ialah realiti hidup lepas yang boleh berulang. Sejarah sentiasa akan berulang kembali bagai roda yang berputar, cuma yang membezakannya ialah watak-watak lakonan dalam sejarah tersebut.

 

Menurut sarjana Islam Ibnu Khaldun didalam “Muqaddimah”, sejarah bukanlah sekadar peristiwa lepas yang tiada dengan kita yang hidup hari ini namun adalah perkara yang perlu dipelajari kerana sejarah sentiasa berulang. Justeru itu, al-Quran itu sendiri sarat dengan kisah-kisah sejarah umat sepanjang zaman sebagai pengajaran kepada manusia hari ini. Sesungguhnya mereka yang memahami peristiwa silam adalah mereka yang memahami masa hadapan. Oleh itu, kemerdekaan yang hadir perlu diambil sebagai iktibar untuk membangunkan jati diri “insan kamil” atau manusia yang lengkap serba serbi sebagai persediaan menghadapi sebarang bentuk ancaman. “Insan kamil” yang dimaksudkan disini ialah manusia yang teguh agamanya dan dalam masa yang sama tinggi produktivitinya untuk kebaikan umat. Pendek kata kehebatan dunia dan akhirat bersatu dalam dirinya.  Kemerdekaan juga perlu dipisahkan dari makna kebebasan tanpa batasan kerana maksud dari mencapai merdeka itu sendiri ialah untuk memelihara hak semua individu didalam masyarakat. Kebebasan harus tidak sampai membebankan atau menjadi perosak kepada institusi masyarakat. Kebebasan individu untuk buat apa sahaja atas nama “hak kemanusiaan” adalah salah. Kepentingan masyarakat perlu didahulukan berbanding kepentingan peribadi yang sempit.

 

Islam sebagai agama yang memelihara hak-hak setiap individu manusia telah lama menekankan didalam “Qawaid Fiqhiyyah” atau dasar-dasar penentuan hukum bahawa “hak jamaah(umat) perlu didahulukan berbanding hak peribadi”. Perkara ini begitu jelas dibentang oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi didalam bukunya “Fiqh Awliyat” atau feqah keutamaan. Di dalam buku tersebut beliau menegaskan bahawa apabila terjadi perselisihan diantara kepentingan peribadi dan orang ramai, maka kepentingan umum perlulah terlebih dahulu dipelihara. Sebagai contoh beliau memetik pandangan Imam Al-Ghazali berhubung sekiranya terjadi peperangan yang dahsyat dan keperluan untuk berperang telah menjadi fardhu ain maka wajib bagi setiap individu mendahulukan kepentingan agama, negara dan masyarakat untuk pergi berperang. Malangnya setelah 50 tahun merdeka ,hasrat mencapai kemerdekaan untuk menjaga kelangsungan masyarakat kian pudar. Sikap individualisme telah mengambil alih tafsiran kemerdekaan hari ini. Hak individu telah diagungkan melebihi hak umum.

 

Contohnya apa yang dinyatakan Tun Dr. Mahathir bin Mohammad di bawah tajuk “A system values and the Malays” didalam ensiklopedia biodata beliau yang mengakui kewujudan masyarakat melayu yang menerima budaya barat yang mengamal seks luar nikah dengan tinggal bersekedudukan lelaki dan perempuan. Sikap mereka yang melampau bakal merosakkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat. Sikap mengagungkan hak kebebasan diri ini jelas terpamer pada segelintir remaja dikala malam ambang merdeka. Tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat, muda-mudi Melayu Islam pada perayaan merdeka, mereka sanggup berpelukan dikhalayak ramai, minum arak secara terbuka dan ada pula yang tanpa segan silu memperagakan tubuh badan dengan pakaian menjolok mata dihadapan umum.

 

Sebenarnya menurut Dr. Kamar Oniah seorang pensyarah di UIA, masyarakat Malaysia kini menuju kearah masyarakat “non-conscience” atau masyarakat yang tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Kepentingan keseronokan peribadi seringkali menjadi dalil menghalalkan tingkah laku buruk mereka. Lebih menyedihkan sikap sesetengah golongan pemuda pemuja budaya “hedonisme” telah mengambil peluang kehadiran kemerdekaan sebagai kebebasan tanpa batasan.

 

Selain itu, falsafah kemerdekaan juga mengajak kita untuk bersatu atas nama bangsa Malaysia. Sikap prejudis antara sesama bangsa perlu diketepikan dan sebaliknya sikap toleransi  dan saling memahami perlu disuburkan. Dasar “divide and rule” yang diamalkan oleh British pada zaman penjajahan telah melahirkan masyarakat saling berprasangka buruk. Justeru itu, sewaktu Malaya ingin menuju kemerdekaan terdapat mereka yang masih ingin berada dibawah pemerintahan British. Antara faktor yang menyebabkan mereka kurang bersetuju dengan seruan Tunku Abdul Rahman untuk merdeka ialah kerisauan mereka berhubung status kaum Cina yang bakal menjadi warga Negara Malaya dengan hak-hak yang terpelihara. Namun Tunku Abdul Rahman pantas menyanggah pandangan seumpama ini sambil menegaskan bahawa kemerdekaan yang dicapai tanpa memberikan hak yang sewajarnya bakal mencetuskan huru-hara lalu menghancurkan matlamat kemerdekaan itu sendiri. Bagi beliau keamanan yang ingin dicapai bukan sekadar keamanan sementara akan tetapi keamanan sehingga akhir zaman.
Perkara ini jelas dinyatakan didalam ucapan bapa kemerdekaan Malaysia, “Merdeka yang kita tuntut ialah merdeka yang membawa kesenangan bukan sahaja pada masa ini malahan sehingga ke akhir zaman” . Kita perlu menyedari untuk mengekalkan keharmonian yang kita capai hasil daripada kemerdekaan, kita perlu bersatu tanpa menghiraukan perbezaan diantara kita. Lihat sahaja contoh agung Nabi Muhammad S.A.W yang amat memahami bahawa kesatuan adalah kunci memelihara keharmonian dan kedaulatan negara.

 

Menurut pengarang buku “Sejarah Islam Abad Pertama” oleh Mohd Mokhtar Shafie, Rasullah S.A.W telah menyatukan penduduk madinah yang terdiri dari pelbagai puak dan kaum melalui Piagam Madinah. Baginda juga telah memperkenalkan perkataan “umat” buat kali pertama digunakan didalam lapangan politik yang merujuk semua warga Madinah sama ada kaum Muhajirin, Ansar atau pun Yahudi. Begitulah pentingnya perpaduan yang dapat menjaga keharmonian negara agar kemerdekaan yang dicapai tidak luput dari tangan kita. Bak kata pepatah “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Biarlah kedatangan hari Merdeka yang baru ini menjadi titik tolak untuk kita benar-benar memahami falsafah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Pengorbanan dan jerit perih mereka perlu dihargai dengan cara yang paling bermakna dan kemerdekaan pula disyukuri dengan kita terus berjuang mempertahankan kemerdekaan ini.

Posted by: fizyaa | April 13, 2008

MENUTUP AURAT LAMBANG MUSLIMAH SEJATI

Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggang-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.”


Penerangan Hadis :


Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.

 

Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antaranya ialah : Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”

 

Ayat ini menegaskan empat perkara :

1.         Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2.         Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3.         Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata kecuali yang biasa nampak dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar r.a. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut Atho, Imam Auzai dan Ibnu Abbas r.a., hanya beliau sahaja (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Masud r.a. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair r.a. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian.
4. Perintah untuk menutupkan khumur  ke dada.
Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada juga adalah termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup dengan hanya menutup kepala dengan tudung sahaja tetapi hujung tudung tersebut harus dibiarkan menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada lelaki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu sahaja seperti suami, anak dan sebagainya.

 

Allah berfirman, “Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang makruf, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat 71).

 

Salah satu tanggungjawab yang wajib dilakukan ialah memelihara adab dan kesopanan dalam aspek pemakaian dan pergaulan. Wanita dan lelaki wajib menutup aurat dalam batas-batas yang tertentu. Dalam konteks wanita, Allah melarang wanita Islam dari tabarruj jahiliah melalui firman-Nya, “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj jahiliah seperti orang-orang jahiliah terdahulu…” (Surah Al-Ahzab ayat 33).

 

Berhubung dengan ayat ini, Imam Mujahid berkata: “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan sebagai tabarrujul jahiliah.” Imam Qatadah pula berkata: “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarrujul jahiliah yang terdahulu”. Imam Muqatil bin Hayyan pula berkata: “Tabarruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang mereka”. (Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa)

Ayat ini tidak bermaksud untuk mengongkong pergerakan wanita Islam. Ia juga tidak bermaksud, tempat bagi kaum wanita hanyalah di dalam rumahnya sahaja kerana Nabi pernah mendoakan agar Ummu Haram ra dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Tambahan dari itu, Khalifah Omar Al-Khattab r.a. pernah melantik seorang wanita yang bernama Ummu As-Syifa binti Abdullah menjadi penyelia di pasar Madinah. Islam mengizinkan wanitanya keluar rumah untuk suatu keperluan yang baik, seperti mencari ilmu sama ada yang fardu ain atau fardu kifayah, menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup, dengan batas-batas yang telah ditetapkan. Ayat ini sebenarnya bertujuan untuk memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka agar sentiasa menjaga kemuliaan itu di samping memelihara sebarang kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka,  seperti kecantikan. Menutup aurat bukannya lambang penindasan bagi wanita sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita jahiliah. Islam merupakan agama yang menekankan akhlak dan adab di dalam semua perkara termasuk di dalam aspek pemakaian. Umat Islam, lelaki dan perempuan, yang sudah baligh wajib menutup aurat mengikut batas yang telah ditetapkan agama.

        
Posted by: fizyaa | April 13, 2008

SUFA 2008 di USIM

Wan Syukriah Wan Baharuddin / 20 Jan 2008

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan Sukan antara Fakulti (SUFA) 2008 anjuran Unit Sukan dan Rekreasi (HEP) USIM yang telah berlangsung pada hari Sabtu seawal jam 8.30 pagi.

 

Sukan antara Fakulti (SUFA) 2008 telah dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Haji Hussin. Majlis perasmian tersebut diadakan di Stadium Tertutup Nilai pada pukul 2.00 petang dan dihadiri oleh Prof Dr Asin bin Dollah.

 

Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata tujuan sukan ini diadakan adalah untuk mencari dan mencungkil bakat peserta yang bertanding di dalam sukan ini untuk dipilih mewakili Majlis Sukan Malaysia (MASUM) pada masa hadapan. Beliau berpendapat semua atlet USIM kebanyakannya adalah berkebolehan dan mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk lebih berjaya.

 

Sebanyak lapan buah fakulti yang terlibat di dalam perlawanan ini. Antara fakulti-fakulti yang menyertai perlawanan sukan tersebut ialah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Sains Teknologi (FST), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS), Fakulti Syariah dan Undang – Undang (FSU), Pusat Tamhidi dan juga Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian.   

 

Perlawanan bola sepak dan sepak takraw berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), manakala perlawanan badminton diadakan di Stadium Tertutup Nilai dan boling bertempat di Jusco Seremban.

 

 

 

 

Posted by: fizyaa | April 3, 2008

Minggu Integriti Pelajar USIM

Oleh Wan Syukriah Wan Baharuddin

NILAI – Majlis perasmian Minggu Integriti Pelajar USIM dirasmikan oleh Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap bin Salleh yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3) Fakulti Syariah dan Undang – Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.  

Majlis yang melibatkan semua warga USIM ini memberi penekanan yang khusus tentang maksud sebenar integriti.  

Presiden Institut Integriti Malaysia berkata di dalam ucapannya, integriti adalah nilai yang bermula dari dalam diri manusia itu sendiri dan tumbuh daripada kesedaran fitrah yang lahir dari hati semua insan. Menurutnya, semua orang mempunyai tugas dan peranan masing – masing dalam mengukuhkan integriti yang dibentuk dan dibangunkan secara kolektif.

Sementara itu, Naib Canselor USIM Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Haji Hussin menegaskan, kepentingan membina integriti agar peranan kita pada masa hadapan lebih bermanfaat. Kita juga mesti mengambil nilai – nilai integriti selaras dengan keperibadian yang mulia.

Menurut salah seorang pelajar dari FSU, Nur Azmira Zakora, 24 tahun, integriti menurut kefahamannya ialah pembentukan sebuah masyarakat yang kukuh ciri – ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. 

Dua orang pelajar dari FPBU, Nik Nur Asyikin Nik Yahya dan Farah Nadia Harun masing – masing berumur 24 tahun, berpendapat bahawa integriti dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan juga dapat membina jati diri yang kuat dan kukuh.

Posted by: fizyaa | April 3, 2008

SOCIAL PROBLEMS AMONG TEENAGERS

      A social problem is a condition that at least some people in a community view as being undesirable. Everyone would agree about some social problems, such as murders and DWI traffic deaths. Other social problems may be viewed as such by certain groups of people. Teenagers who play loud music in a public park obviously do not view it as a problem, but some other people may consider it an undesirable social condition. Some nonsmokers view smoking as an undesirable social condition that should be banned or restricted in public buildings.

      Every newspaper is filled with stories about undesirable social conditions. Examples include crime, violence, drug abuse, and environmental problems. Such social problems can be found at the local, state, national and international levels.

      There are many social problems that teenagers go threw.  Drugs and Teenagers Drug use is the increasing problem among teenagers in today’s high schools. Most drug use begins in the preteen and teenage years, these years most crucial in the maturation process. During these years adolescents are faced with difficult tasks of discovering their self identity, clarifying their sexual roles, assenting independence, learning to cope with authority and searching for goals that would give their lives meaning. Drugs are readily, adolescents are curious and venerable, and there is peer pressure to experiment, and there us a temptation to escape from conflicts. The use of drugs by teenagers is the result of a combination of factors such as peer pressure, curiosity, and availability. Drugs addiction among adolescents in turn leads to depression and suicide. 

      One of the most important reasons of teenage drug usage is peer pressure. Peer pressure represents social influences that effect adolescents, it can have a positive or a negative effect, depending on person’s social group and one can follow one path of the other. We are greatly influenced by the people around us.

      According to the lecturer from Faculty of Leadership and Management (FKP), Islamic Science University of Malaysia (USIM), Madam Marina Muneera Abdul Muttalib said that, in today’s schools drugs are very common, peer pressure usually is the reason for their usage. If the people in the social group use drugs there will be pressure a direct or indirect pressure from them. A person may be offered to try drugs, which is direct pressure. Indirect pressure is when someone sees everyone around him using drugs and he might think that there is nothing wrong with using drugs. Person might try drugs just to fit in the social norms, even if a person had no intentions of using drugs one might do it just to be considered “cool” by his friends. 

      Today drugs are considered to be an acceptable social phenomenon by many teenagers. Here is a personal example of drug use from a teenager, “When I started using, was only on weekends, at parties. I used drugs ‘recreationally’ and therefore thought I had no addiction problem. I used drugs like nicotine, marijuana or LSD to be happy or to have fun. I needed drugs. I kept using drugs, I used drugs like marijuana to fit socially. I had problems in my life, emotionally, that drugs only seemed to solve. Drugs made my problems worse. I started snorting cocaine. I injected heroin into my veins. I almost died. I was addicted.”

      In today’s highs schools the availability and variety of drugs is widespread. There is a demand for drugs and the supply is plentiful. Since drugs are so easy accessible, a natural interest in them may develop. Many teenagers today believe that the first use of drugs is safe. However even though there is no instant addiction with the first try, youngsters tend to experiment further. Soon a person could actively seek the euphoric effects of drugs. Drug addiction is the result of intense preoccupation with the dicer to experience the mental and bodily changes with drug use. The final and the most disastrous stage are when a person needs drugs in order to function adequately. Therefore availability, curiosity and experimentation could result in drug addiction among teenagers.

      According to the staff of government, Mohd Azuan Hussin, 26, said that, one of the most devastating side effects of drug addiction and abuse is depression. Depression is the result of chemical imbalance, environmental influence, or a combination of both. Using heavy and very highly addictive drugs as heroin, cocaine, opium and many others will cause sudden mood changes, deterioration of the immune system, nervous breakdowns, unusual flares of temper and many other side effects. Besides physical side effects, drug addiction can create problems in a person’s social circles. The person may run into many conflicts with his family and friends, resulting in desire for isolation. This in turn will create more problems since the person will have no social support. Furthermore, drug addiction is a financial strain especially for teenagers. When a person is addicted to drugs he will do anything to obtain money to fulfill his needs.  Drug addiction is the results of 3 “I’s”. Teenagers may think of their problems as Inescapable, Interminable and Intolerable. Life may seem bleak and miserable. Seeing no way out feeling lonely and no prospects for improvement leads to depression. This can further lead to attempted suicide.

      Many studies have found that drugs are a contributing factor to suicide. Using drugs may reduce inhibitions and impair judgments, suicide is a possibility. As one statistic illustrates 70% of all young people who attempted suicide used drugs. Illegal drugs, for example, weed, speed, acid, or ecstasy has always been a problem among the younger folks, the problems gets even more serious if it involves additive substances such as cocaine. The most common seen illegal drug around teens in BC is Ecstasy, or generally called “E”. E’s are usually involved in rave parties; people take E’s and dance overnight. The academic name for E is hallucinogenic stimulant, it generally affects the concentration of the brain, and it can change one’s mood, sleep, sexual behavior, body temperature and appetite. The sensation sight, sound and touch are enhanced, that’s why it’s usually used at discos and parties. It takes about 30 to 40 minutes to “get high” and about three to four hours to wear off. Side effects include heart and blood pressure problems, blurred vision, chills and sweating. The tablet changes every week and counterfeits are always around, it is not addictive. It is illegal to buy, sell, produce or posses any amount of E.

      The problems of teenage drug use, depression and suicide are evident in our society. These are very real and threatening issues that have to be dealt with. Going into the 21st century we have to face to problems of our future generations. There are many non-profitable organizations that help teenagers to cope with drug use. There are help lines, community services that offer information about drugs, and individual counseling is available almost in every education institution. There is help available to those who seek it.

      Unplanned pregnancy and the contraction of sexually transmitted diseases continue to be prevalent problems among adolescents. These problems often result in adverse health, social, and economic consequences for teenagers and their families.

      Currently, there is little practice-based information concerning interventions designed to improve communication comfort about sexually related issues within families, especially between parents and their adolescents. Adolescents often engage in a wide range of high-risk sexual behaviors that can result in adverse health, social, and economic consequences for themselves and their families. Many of the programs serving teens and their families do not utilize social learning or other similar approaches to facilitate effective communication about sex between parents and their adolescents. In addition, many programs do not emphasize effective familial communication about adolescent sexuality, specifically the prevention of pregnancy and STIs, and this lack of attention may explain why changes in adolescents’ knowledge, attitudes, and skills have not always resulted in corresponding changes in their risk-taking sexual behaviors.

      According to the student from Faculty of Syariah and Law (FSU), Islamic Science University of Malaysia (USIM), Nur Nabihah Johari,22, said that parents need accurate information and support to feel more comfortable and confident that they possess the necessary communication skills to be effective in discussing risk-taking sexual behaviors with their adolescents. Although effective familial sex communication can lead to decreased adolescent risk-taking sexual behaviors, discomfort experienced by parents and their adolescents in speaking about adolescent sexuality can prevent effective sex education from occurring.

      In terms of communication an emphasis on comfort needs to be given to helping parents increase communication skills while strengthening relationships. Adolescents who are sexually active are more likely to report poor communication with their parents.  Sex education that provides skills training based on social-learning principles can be an important type of practice-based educational approach.  Social-learning theory suggests that the norms and behavior of the people around teenagers, particularly parents, influence their behavior. Most sex education programs communicate that it is desirable to postpone sexual intercourse and that unprotected sex should be avoided. These programs may take place in school or community settings such as hospitals. They usually combine information on human sexuality with specific, concrete skills-building sessions on how to resist influences encouraging sexual activity. Some of these programs also work to increase parent–child communication on sexuality and sexual choices. Although evaluations of these programs have not provided conclusive evidence, they do appear to be effective in postponing sexual activity among virgins. It is important to note that while they do not appear to influence the level of sexual activity of those already sexually active, these programs may help these teens use contraceptives more effectively.  Teens not only need information about their sexuality, but they also need to know how to apply this information in daily life. For most people, including adolescents, there is usually a gap between what people know and what they do. Therefore, sex education programs need to place emphasis on teaching decision-making skills, life skills, and life planning.

      Social workers and other helping professionals need to take leadership roles in designing, implementing, directing, and evaluating comprehensive and effective practice interventions in all areas of practice, including those that involve familial sex education approaches and programs. However, practitioners must first recognize and then acknowledge that parents have a vital role to play in prevention efforts. Preventative sex education efforts of most programs still largely exclude parents as agents of change in agency-based interventions intended to reduce adolescent risk-taking sexual behaviors. Sex education information has been shown to be more effective when combined with familial sex communication. It seems reasonable to believe that parental involvement could be successfully incorporated into existing sex education programs. Doing so may result in both reduced risk-taking sexual behaviors by adolescents and increased levels of comfort during familial sex communication.

      For the conclusion, one of the most important goals is to prevent children from violating any further so they can become responsible and successful adults. The second most important goal is to protect society from the criminal acts of children. Parents need to teach children self-control by monitoring the child’s behavior, recognizing the different behaviors when they occur, and punishing those which are unacceptable. Through education, treatment, and affection, prevention of criminal acts reaches juveniles and assists them into a healthier and better life. To be able to use these components at the earliest stage possible is to keep these teenagers away from ever entering the juvenile justice system in the first place. With the help of education, training, and support for the staff, probation officers can be better prepared to take on diverse cases of all types. The juvenile justice system needs improvement. Probation officers, judges, and family members need to make effective decisions about who should really be incarcerated and/or receive probation. If an offense made is not extremely serious and the client and officer can agree on a punishment, the child does not need to present himself upon a judge. If either the client or officer wants to make an appearance in court, an agreement cannot be reached, or threats have been made involving either parties or others, a court decision is most suggested.  In addition, to making the correct choices, good community programs are also necessary to place delinquents in a better environment to be able to succeed. Though juveniles tend to steal, trespass, fight, drink, take drugs, use profanity, run away from home, and miss school, many solutions were being thought about to prevent these flaws. The first has already been mentioned and deals with “toughening up” and placing juveniles in adult courts. The removing offenders from society for longer periods of time will reduce crime. Those who have not committed a serious crime will come to the realization of the possible punishments such as life in prison, the death penalty, and others. Violent offenders would be less likely to repeat their crimes by learning from their first lesson.

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.