Posted by: fizyaa | April 3, 2008

Minggu Integriti Pelajar USIM

Oleh Wan Syukriah Wan Baharuddin

NILAI – Majlis perasmian Minggu Integriti Pelajar USIM dirasmikan oleh Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap bin Salleh yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3) Fakulti Syariah dan Undang – Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.  

Majlis yang melibatkan semua warga USIM ini memberi penekanan yang khusus tentang maksud sebenar integriti.  

Presiden Institut Integriti Malaysia berkata di dalam ucapannya, integriti adalah nilai yang bermula dari dalam diri manusia itu sendiri dan tumbuh daripada kesedaran fitrah yang lahir dari hati semua insan. Menurutnya, semua orang mempunyai tugas dan peranan masing – masing dalam mengukuhkan integriti yang dibentuk dan dibangunkan secara kolektif.

Sementara itu, Naib Canselor USIM Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Haji Hussin menegaskan, kepentingan membina integriti agar peranan kita pada masa hadapan lebih bermanfaat. Kita juga mesti mengambil nilai – nilai integriti selaras dengan keperibadian yang mulia.

Menurut salah seorang pelajar dari FSU, Nur Azmira Zakora, 24 tahun, integriti menurut kefahamannya ialah pembentukan sebuah masyarakat yang kukuh ciri – ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. 

Dua orang pelajar dari FPBU, Nik Nur Asyikin Nik Yahya dan Farah Nadia Harun masing – masing berumur 24 tahun, berpendapat bahawa integriti dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan juga dapat membina jati diri yang kuat dan kukuh.


Responses

  1. cte mmg bgus, tapi apa kata letak pic pasti lebih menarik dan tertarik…eee,senyum la tu byk msg kte ni
    all the best…


Leave a comment

Categories