Posted by: fizyaa | April 13, 2008

MENUTUP AURAT LAMBANG MUSLIMAH SEJATI

Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggang-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.”


Penerangan Hadis :


Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.

 

Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antaranya ialah : Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”

 

Ayat ini menegaskan empat perkara :

1.         Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2.         Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3.         Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata kecuali yang biasa nampak dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar r.a. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut Atho, Imam Auzai dan Ibnu Abbas r.a., hanya beliau sahaja (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Masud r.a. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair r.a. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian.
4. Perintah untuk menutupkan khumur  ke dada.
Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada juga adalah termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup dengan hanya menutup kepala dengan tudung sahaja tetapi hujung tudung tersebut harus dibiarkan menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada lelaki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu sahaja seperti suami, anak dan sebagainya.

 

Allah berfirman, “Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang makruf, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat 71).

 

Salah satu tanggungjawab yang wajib dilakukan ialah memelihara adab dan kesopanan dalam aspek pemakaian dan pergaulan. Wanita dan lelaki wajib menutup aurat dalam batas-batas yang tertentu. Dalam konteks wanita, Allah melarang wanita Islam dari tabarruj jahiliah melalui firman-Nya, “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj jahiliah seperti orang-orang jahiliah terdahulu…” (Surah Al-Ahzab ayat 33).

 

Berhubung dengan ayat ini, Imam Mujahid berkata: “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan sebagai tabarrujul jahiliah.” Imam Qatadah pula berkata: “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarrujul jahiliah yang terdahulu”. Imam Muqatil bin Hayyan pula berkata: “Tabarruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang mereka”. (Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa)

Ayat ini tidak bermaksud untuk mengongkong pergerakan wanita Islam. Ia juga tidak bermaksud, tempat bagi kaum wanita hanyalah di dalam rumahnya sahaja kerana Nabi pernah mendoakan agar Ummu Haram ra dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Tambahan dari itu, Khalifah Omar Al-Khattab r.a. pernah melantik seorang wanita yang bernama Ummu As-Syifa binti Abdullah menjadi penyelia di pasar Madinah. Islam mengizinkan wanitanya keluar rumah untuk suatu keperluan yang baik, seperti mencari ilmu sama ada yang fardu ain atau fardu kifayah, menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup, dengan batas-batas yang telah ditetapkan. Ayat ini sebenarnya bertujuan untuk memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka agar sentiasa menjaga kemuliaan itu di samping memelihara sebarang kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka,  seperti kecantikan. Menutup aurat bukannya lambang penindasan bagi wanita sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita jahiliah. Islam merupakan agama yang menekankan akhlak dan adab di dalam semua perkara termasuk di dalam aspek pemakaian. Umat Islam, lelaki dan perempuan, yang sudah baligh wajib menutup aurat mengikut batas yang telah ditetapkan agama.

        

Responses

  1. Saya setuju rencana yang saudari buat ni. memang betul,sekarang ramai sangat wanita yang tak tutup aurat. dedah aurat sana sini. semua dah tak tahu malu. kebanyakan mereka tahu yang menutup aurat adalah wajib dalam Islam,tapi mereka buat jugak..saya cadangkan agar rencana saudari di paparkan dalam akhbar dan majalah2 Islam..semoga usaha saudari untuk menyedarkan kaum wanita yang tak tutup aurat ni berhasil..

  2. wanita hiasan dunia……..seindah hiasan adalah wanita solehah..yang akan mebahagiakan syurga di dalam rumahtangga…good luck 4 final exam..HAPPY BIRTHDAY 2 U..HOPE U SUCCESS IN UR LIFE..

  3. wanita terbaik adalah wanita yg tahu menjaga auratnya…maklumat dlm blog akak sgt berguna..semoga berjaya di dunia dan akhirat

  4. Terima kasih….
    Saya termasuk orang baru dalam berjilbab, dengan adanya informasi ini, saya semakin teguh dalam berjilbab…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: