Posted by: fizyaa | April 13, 2008

SUFA 2008 di USIM

Wan Syukriah Wan Baharuddin / 20 Jan 2008

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan Sukan antara Fakulti (SUFA) 2008 anjuran Unit Sukan dan Rekreasi (HEP) USIM yang telah berlangsung pada hari Sabtu seawal jam 8.30 pagi.

 

Sukan antara Fakulti (SUFA) 2008 telah dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Haji Hussin. Majlis perasmian tersebut diadakan di Stadium Tertutup Nilai pada pukul 2.00 petang dan dihadiri oleh Prof Dr Asin bin Dollah.

 

Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata tujuan sukan ini diadakan adalah untuk mencari dan mencungkil bakat peserta yang bertanding di dalam sukan ini untuk dipilih mewakili Majlis Sukan Malaysia (MASUM) pada masa hadapan. Beliau berpendapat semua atlet USIM kebanyakannya adalah berkebolehan dan mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk lebih berjaya.

 

Sebanyak lapan buah fakulti yang terlibat di dalam perlawanan ini. Antara fakulti-fakulti yang menyertai perlawanan sukan tersebut ialah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Fakulti Sains Teknologi (FST), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS), Fakulti Syariah dan Undang – Undang (FSU), Pusat Tamhidi dan juga Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian.   

 

Perlawanan bola sepak dan sepak takraw berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), manakala perlawanan badminton diadakan di Stadium Tertutup Nilai dan boling bertempat di Jusco Seremban.

 

 

 

 


Responses

  1. SALAM WSYUKRIAH..
    Bestla news awk ni ..banyak informasi2 terkini yang dapat dikongsi bersama.. tapi kan, kalau awak letak gambar lagi menarik tau..saya sntiasa sokong awk n saya doakan awak berjaya..wslm..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: